Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap tentera Pakistan pada hari Rabu berkata bahawa negaranya "tidak (berusaha) untuk mencipta persekitaran yang akan mencetuskan peperangan" dengan India.
Pihak tentera negara itu turut mengatakan mereka telah menahan dua juruterbang India ditangkap selepas mereka menembak jatuh pesawat India di bahagian Kashmir yang dikuasai oleh Islamabad.
New Delhi setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang respon berhubung dakwaan Pakistan.
Jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor memberitahu wartawan bahawa insiden itu "bukanlah sebuah tindakan balas dendam, ia sekadar sebuah demonstrasi keupayaan, keupayaan dan keazaman kami."
Ketegangan di antara kedua-dua negara tersebut berlaku beberapa jam selepas Pakistan mendakwa bahawa peluru mortar yang dilancarkan oleh tentera India dari beberapa kawasan sempadan yang membahagikan Kashmir kepada dua bahagian telah membunuh enam orang awam dan mencederakan beberapa yang lain. -Press TV
27 Februari 2019 - 18:16
News ID: 930978
Jurucakap tentera Pakistan pada hari Rabu berkata bahawa negaranya "tidak (berusaha) untuk mencipta persekitaran yang akan mencetuskan peperangan" dengan India.